Selasa, 25 Februari 2014

SENARAI PEMIMPIN KAMPUNG PAYA JARAS TENGAH


1. RAHIDIN BIN TAITAN (1920-1967)
  
    Dilahirkan pada tahun 1864 di kg teluk kuantan, kapubaten, riau duratan, Sumatera.
    Berhijrah ke tanah melayu pada awal tahun 1920an dan membuka kampung yang dinamakan
    "KAMPUNG PAYA JARAS TENGAH".
    Guru silat yang amat disegani telah dilantik sebagai ketua kampung (datuk ompek) memimpin kaum
    kuantan yang berhijrah bersamanya.


2. MOHD YUSOF@HARUN BIN RAHIDIN (1967-1991)

    Seorang yang berdisiplin tinggi yang menjaga imej diri. Berpendidikan menjaga keselamatan negara
    dan memahami undang-undang kepolisian. Beliau seorang pesara Polis Diraja Malaysia dan dilantik
    sebagai ketua kampung bagi menggantikan bapa beliau pada tahun 1967.


3. JAMALUSDIN BIN ABDUL RAZAK (1991-2008)

    Beliau adalah pesara Pegawai Waran Dua Angkatan Tentera DiRaja Malaysia telah dinobatkan sebagai
    Ketua Kampung Paya Jaras Tengah pada 21 jun 1991.


4. ZAKRI BIN MOHD YUSOF (2008-SEKARANG)

    Dilahirkan pada tahun 1952. Menetap di Paya jaras sejak tahun 1963. Berpendidikan awal di sekolah
    rendah seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menegah Aminuddin Baki dan berkelulusan SPM.
    mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak

PENTADBIRAN


Kampung Paya Jaras Tengah telah ditadbir oleh satu institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri. Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keelamatan Kampung (JKKK) merupakan faktor penentu kejayaan utama yang membawa kepada kejayaan kampung. Ini adalah salah satu usaha JKKK membantu kerajaan negeri didalam arus pembanggunan yang begitu pesat. Pada masa yang sama dapat membantu masyarakat dalam usaha pemodenan, pembanggunan, pembasmi kemiskinan dan sosial tanpa menjejaskan keharmonian masyarakat setempat.

SEJARAH AWAL KG PAYA JARAS TENGAH

Kampung Paya Jaras Tengah telah dibuka pada pertengahan tahun 1920. Merupakan kawasan yang rendah dan berpaya seluas lebih kurang 73 hektar dipenuhi dengan sejenis tumbuhan yang tumbuh melata bernama 'pokok jaras'. Kulit batang pokok ini dianyam menjadi 'bakul jaras' digalas atau dikendong dibelakang untuk membawa barangan. Nama kampung ini adalah sempena nama paya yang dipenuhi pokok jaras maka bertintalah nama " KAMPUNG PAYA JARAS".


Empat kumpulan etnik ialah terdiri daripada kaum minangkabau, jawa, batang kapeh dan palimbayan telah mengagihkan kepada empat kawasan. kaum batang kapeh membuka kawasan dibahagian hulu, kaum jawa dibahagian dalam, kaum palimbayan dibahagian hilir dan kaun kuantan di kawasan "PAYA JARAS TENGAH".