Selasa, 25 Februari 2014

SEJARAH AWAL KG PAYA JARAS TENGAH

Kampung Paya Jaras Tengah telah dibuka pada pertengahan tahun 1920. Merupakan kawasan yang rendah dan berpaya seluas lebih kurang 73 hektar dipenuhi dengan sejenis tumbuhan yang tumbuh melata bernama 'pokok jaras'. Kulit batang pokok ini dianyam menjadi 'bakul jaras' digalas atau dikendong dibelakang untuk membawa barangan. Nama kampung ini adalah sempena nama paya yang dipenuhi pokok jaras maka bertintalah nama " KAMPUNG PAYA JARAS".


Empat kumpulan etnik ialah terdiri daripada kaum minangkabau, jawa, batang kapeh dan palimbayan telah mengagihkan kepada empat kawasan. kaum batang kapeh membuka kawasan dibahagian hulu, kaum jawa dibahagian dalam, kaum palimbayan dibahagian hilir dan kaun kuantan di kawasan "PAYA JARAS TENGAH".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan